Saturday, 24 August 2013

Nasi Lemak Ikan Gaya Kuala Terengganu

Asslamualaikum, 

Hai! Buat apa di hari minggu ni. Pasti sibuk dengan open house hari raya kan. Ye la, orang KL kan jenis beraya sampai sebulan! 
Okaylah, kita stop sembang pasal open house, hehe kali ni nak berkongsi resipi nasi lemak style terengganu. 

Bukan apa, kat KL ni memang belum jumpa lagi nasi lemak ikan aye ( ikan tongkol) . Kt terengganu, nasi lemak dia lauk ikan. Tak sama macam KL, lauk kerang, sotong, rendang, sardin. Macam2 lagi la KL ni! 

Okay, minggu lepas, saya dan suami bergotong rotong buat nasi lemak. Saya ditugaskan masak sambal dan bahan yang lain, encik suami buat nasi lemak.moh ler kita kongsi resipi!

Bahan bahan untuk nasi lemak: 
1) 1 biji Bawang merang dihiris
2) Sedikit halia dihiris
3) Daun pandan diikat nanti sbg pewangi nasi
4) garam
5) 2 pot santan untuk 3 pot nasi
6) 1 pot air
Cara- cara : 
- Campurkan kesemua bahan. Masak nasi seperti biasa

Bahan untuk sambal ikan aye/ tongkol :
1) 1 ekor ikan tongkol di rebus bersama asam gelugor. Ikan di Potong kecil kecil
- rebus jangan terlalu lama takut ikan hancur
2) bawang kisar
3) cili kering kisar
4) gula
5) garam

Cara cara:

1)  tumiskan bawang dan cili kering
2)  masukkan gula dan garam.
Masak dalam api yang sederhana  supaya sambal dimasak elok. 
3) masukan ikan  ke dalam sambal. Biar sebati.
* siap la...


Bahan bahan lain yang dimakan bersama
1) telur rebus
2) timun
3) Ikan bilis goreng

Okay! Selamat mencuba! 

Sardin Roll

Assalamualaikum! 

Apa khabar anda semua dihari ini. 

Hari ini saya ingin berkongsi resipi mudah sahaja dengan anda semua. Sardin Roll. Pernah dengar? Pernah makan? Pernah buat? Haaa.. Mari kita tengok cara cra nak buat sardin roll ni.

Bahan bahan: 
1) Roti 
2) 4 Ekor sardin tin
3) Bawang besar di hiris halus
4) Cili besar /merah di hiris
5) Daun sup dicincang 
6) Bread Crumbs (Serbuk Roti)
7) 1 biji telur
8) 2 biji limau kasturi

Cara cara:
1) Isi ikan sardin di hancurkan. ( pakai garfu je )
2) Masukkan isi ikan sardin ke dalam kuali, masak bersama bawang, cili merah dan daun sup.
3) Perahkan air limau kasturi.
4) Masak sehingga sardin kelihatan masak. ( jangan terlalu kering sangat ye)
 
~ inilah rupa inti yang telah dimasak ~

5) Ambik sekeping roti, ratakan permukaan roti. Saya pakai gelas je. Hehe jangan lupa alas atas permukaan roti tu dengan plastik yang bersih..

6) letakkan inti , kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak banyak. Hehe 


7) ok, boleh mulakan proses menggulung! Untuk bahagian hujung tu, boleh gunakan telur @ air sebagai "gam". 

8) Bila roti dah berjaya digulungkan dengan kemas, kita gulinkan pula ia atas telur yang telah kita pukul. Haha cam pelik je dengar.

 
9) Bila semua permukaan roti dah disalut dengan telur, kita gulingkan atas permukaan serbuk roti pulak! Wow.. Banyaknya prosea gulung dan guling. 

 
10) Bila semua dah on, anda boleh mulakan proses menggoreng. Minyak jangan termpau banyak ye nanti berminyak pulak.

~ tadaaaa!! Inilah hasilnya... 

Kalau bosan asyik gulung guling je sampai pening, anda boleh buat bentuk cam ni. Lagi senang! 
         Heheheh ... Hehehheheh..

Ok! Selamat mencuba ye!

Balik Kampung Episode 2

Selamat Hari Raya!! 

Hehe seronok ke berhari raya? Yang dapat duit raya mestilah seronok kan.

Okay, hari tu bercerita tentang balik kampung ke kampung saya. Hari ni saya nak berkongsi pulak kisah di kedah plak.

Perjalanan kami ke Kedah di iringi hujab, cuaca yang redup. Kereta pun dah mula banyak di atas jalan kerana dah ramai mula balik kg. 

Salah satu  benda yang saya nanti nantikan di kedah ialah untuk melihat sawah padi! 

Serius! Suka gila bila masuk kedah, nampak sawah padi tengah menghijau!
Dah terbayang dah saya dan suami menjadi orang orang di tengah bendang!
Hehehe..

Lagi best bila rumah kami di kedah betul betul sebelah bendang. 
Tak percaya?  Haaa tengok lah! Comel tak kami? Hehe 






   Peace! Ok! Selamat hari raya naaa!!

Saturday, 17 August 2013

Balik Kampung Episod 1

Assalamualaikum! 

Hello.. Lama betul tak update entri ni. Sibuk beraya la katakan!
Sebelum terlupa, nak ucapkan selamat hari raya pada anda semua! 
Mesti seronok kan bercuti dan berhari raya.

Disini saya nak berkongsi la pengalaman saya dan suami pulang ke kampung berhari raya. Tahun ni turn berhari raya di kampung encik suami saya, Kedah. 
Jadi seperti biasa adat kami, sebelum balik ke Kedah, perlu balik ke kg saya dulu kuala Terengganu untuk berpuasa dan bersahur di sana. Begitulah jua kalau turn balik raya ke terengganu.kena balik Kedah dulu. 

Kami buat cm ni supaya kami dapat berjumpa semua ahli keluarga sebelum raya dan selepas raya. Baru adil kan? Hehe.. Dan syukur la setakat ni belum ada berperang pasal nak balik kg beraya. Pelik jugak bila dengar ada yang duk bermasam muka, bergaduh semata mata berebut nak balik raya! Alahai..

Okay, berbalik pada motif utama.. Hehe saya dan suami bertolak pulang ke Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2013 jam 
4 Pagi. Saya sediaka. Bekal nasi butter,Ayam goreng rempah dan tomato sebagai ulam.Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Kami singgah bersahur di Petronas Karak. Ramai juga yang singgah bersahur bersama keluarga. Seronok melihat! Selesai sahaja solat subuh, kami sambung perjalanan kami.

Syukur kerana segala perjalanan kami dipermudahkanNya. Boleh dikatakan awal juga kami dah masuk area Kuala Terengganu. So, kami ambik kesempatan untuk singgah berdating di Pantai Penarik, Dungun. Memang teruja. Saya sebagai rakyat jati Terengganu ni pun teruja apatah lagi org Kedah! Haha.. Seronok apabila dapat mendengar ombak bertemu pasir pantai. Kami siap main kutip kutip siput lagi. 



Inilah beberapa gambar kenangan kami di pantai! Selebihnya di instagram ler.. Hehe..

Bila dah bosan, penat, kami pun sambung semula perjalanan kami. 

Ayuh jom! Sambung tdo ler.. Driver je tak boleh tido.. Hehe