Haaa cm mana dengan puasa? Semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Hari ini hari ketiga berpuasa dan hari ini hari Jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan 1434 Hijriah.
Betul la kata org, kadang kala kita tidak tahu apa yang tertulis utk kita. Semua itu telah dirancang olehNya.
Hari Jumaat kali ini, pejabat ku ada buat aktiviti facial muka wajah mu untuk kelihatan berseri. Hehe aku ni salah seorang AJK persatuan yang menganjurkan program ni. Walaupun aku hanyalah AJK sukan, tapi aktiviti dibawah AJk sosial dan AJK biro ekonomi ni aku kena la juga ambik tahu.. Haaa banyak kan jenis AJK nya.. Ni baru 3, ada lagi mcm2.. AJK Rumah Tangga je xda!
Aktiviti kali ni, kami menjemput wakil khidmat kecantikan dari syarikat
Iris De Beaute. Kebetulan salah seorang pekerja syarikat tu kawan masa belajar dengar kawan sepejabat aku sekarang. Bagi aku bagus sgt khidmat yg mereka berikan. Untuk kali ni kami hanya adakan program untuk rawatan muka. Tapi mereka sebenarnya sediakan macam2 lagi seperti urut, sauna,mandi lulur,pakaian pengantin, mandian kecantikan, gunting rambut , pakej langsing dan yg lain berkaitan hantaran dan katering. Kedai mereka ni terletak di Tmn Pinggiran Putra. Alahai.. Kebetulan, tidak jauh dari rumah aku!
Salah seorang pekerja mereka iaitu merangkap wedding planner @nama yang kami panggil ialah kak Intan merupakan pengedar tupperware. Jadi sementara dia "merawat" muka kawan2 yg lain, dia bercerita mengenai kelebihan tupperware ni. Yang plg best nya.. Kalau dia bagi soalan berkaitan tupperware, siapa yg blh jawab, akan dpt tupperware free satu! Wow! Wow! Berbaloi weh..tapi aku xda rezeki utk itu.. Huhu seronok tgk kwn2 yang gembira je bila dpt jawab dan dpt hadiah.
Tapi itulah,Allah dah tetapkan yang aku pun ada rezeki utk dpt tupperware! Tp dgn cara lain. Rupanya2 kak intan tu siap buat cabutan bertuah..bila je tahu, terus aku masukkan nama aku dlm kotak . Kali ni mereka buat 3 cabutan . Yang pertama gagal.. Yang kedua gagal.. Yang ketiga?? Alhamdulillah.. Nama aku naik.. Yehaaa!! Syukur2..lagi best siap blh pilih so aku pilih r tupperware yg aku belum ada. Hehehe ini lah dikatakan rezeki!
Yang kelakarnya, sebelum tu aku pergi membeli sedikit barang "market" di bawah pejabat ni,tgh duk nak bayar tu, tiba- tiba ada seorang amoi datang.."ambik2..percuma je..percuma" masa tu muka aku cm blur maybe sebab terkejut.. Hehehe.. Dapat air kotak free..Tq ye .. Tq..
Ini pun rezeki namanya!
Alhamdulillah..sebenarnya masing2 mendapat rezeki setiap hari.. Cuma kadang tu kita sedar ataupun tidak.dan bentuk rezeki yg dihantar oleh Allah S.W.T itu berbeza.
Ok! Setakat ini dulu.. Selamat berbuka puasa diucapkan...amin.
No comments:
Post a Comment