Wednesday, 14 November 2012

:: keropok lekor oh keropok ::

Assalamualaikum!

semoga kalian semua sihat...siapa kat sini suka makan keropok lekor?? 
Rugi kot kalau anda tak suka..hehehehe
keropok lekor merupakan makanan dari negeri Terengganu.Ralat rasanya kalau pergi ke sana tetapi tidak merasa keropok lekor..betol tak?

oleh kerana aku ni tak duduk di Terengganu..so agak sukar untuk dapat makan keropok lekor versi terengganu ni..yang ada di sekitar Lembah Klang ni..semuanya keropok jenis pelik tapi benar..keropok ala2 "kertas","plastik"..lembik je..ikan tak rasa sangat..banyak tepung je...ikan sikit..so tak umpph!
so..bila dah merasa nak makan keropok tu..aku try ler buat keropok lekor sendiri..
haaa..jom tengok!

Bahan- bahan yang diperlukan ialah..

1kg isi ikan kembung yg telah siap dibuang kulit dan tulangnye.
3/4 mangkuk tepung kanji (yang ni aku x letak sebab xda..)
3 genggam tepung gandum
Sedikit garam halus
Air secukupnye(anggaran 1/2 cawan je) 


Cara- cara memprosesnya:-

-Ikan dibersihkan dan dibuang kepala,ekor,kulit dan tulangnye.
-Kisar isi ikan td bersama air,garam.
-Tuang isi ikan yg telah disiap kisar kedalam bekas (foto 1)
-Masukkan tepung kanji bersama tpg gandum,gaul sebati sehingga menjadi doh tidak melekat ditnggan.Lihat foto 2
-Kemudian gentil seperti foto 3,menggikut saiz sendiri ye.
-Rebus dalam air yg mendidih.Apabila keropok tu dah timbul itu maknanye dah masak boleh diangkat dan disejat airnye.


Resipi sos:
- Cili Kisar
- Cuka
- Garam
- Gula
- Sedikit air
Cara-caranya: masukkan cili yang teah dikisar bersama sedikit cuka,gula ,garam,air..masak sehingga terasa cili telah masak....siap ler!


                                                          ( isi ikan yang telah dibersihkan )


                                                                            (  foto 1)

                                                                             ( foto 2)


                                                                           ( foto 3)

                                                     ( setelah gentel..rebus seketika)



                                             inilah hasilnya....syukur Alhamdulillah..berjaya...

selamat mencuba kawan2!!




Monday, 23 April 2012

:: Loghat yg pelik ::

Hye!  kali ni terasa nk kongsi sikit apa yg aku tau ttg loghat terengganu..walaupun aku asal dr negeri penyu ni..tp x semua bahasa dia aku tau guna...selalu kena ngata dek kwn2..huhuhu...mayb ramai yg pergi ke ganu n tau sikit2 cakap tganu..alaaa loghat yg selalu kita dengar.."makang ikang"...itu je r...tapi ramai kot yg xtau ttg org tganu ni suka ckp bahasa kata ganda dua...kadang 2 aku pun pelik..dr mn r org2 dulu dapat idea ni..n sebutan dia pun pelik..maksud dia pun bwt org konfius!  jom kwn2..kita try...

Loghat  terengganu yg telah di tambah perisa(kata ganda) untuk sesedap kata...acu cuba try test boh!

Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
Panas dering = sangat panas
Sejuk siak = Sangat sejuk
Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
Manih leting = sangat manis
Masang rebang = sangat masam
Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
Pahit lepang = sangat pahit
Tawar hebey = sangat tawar
Putih leppuk = sangat putih
Kuning sior = kaler kuning yg cerah
Berat nanang = berat gler!
Reyyok Teppang = senget
Busuk bango = bau yg sgt busuk
Ringan leppong = sgt ringan
Meroh nyala = warna merah yg sgt terang
Putih lepput = putih sgt2





Monday, 30 January 2012

:: Dosa Dalam Perkahwinan::

:: Dosa Dalam Perkahwinan::


Ramai yang menganggap berkahwin adalah untuk mengurangkan dosa...tapi ramai yg tidak sedar..dalam perkahwinan juga boleh melahirkan dosa2 tanpa kita sedari..ayuh! mari kita sama-sama menghayati...

 Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulis blog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.


Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?


Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.


Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.


Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?


Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?
·         Ilmu rumahtangga?
·         Ilmu Agama?
·         Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.


"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)



Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Apabila kaum adam melafazkan…

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."


Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa… InsyaAllah…..sama2 berkongsi ilmu yang di dengar..di baca…




"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)




Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa… InsyaAllah…..sama2
 berkongsi ilmu yang di dengar..di baca…