" Perut adalah tempat bermula segala penyakit "
Ya...Perut adalah satu organ yang paling besar peranannya kerana disitu lah segala makan minum yang kita ambil di proses. Bukan aku yang kata..tapi Rasulullah s.a.w pernah mengatakan itu.
Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata:
“Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di Malaysia ni, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut . SubhanaAllah!
Antara lain contoh makan sihat cara pengambilan Rasullah s.a.w ialah
Dari segi komposisi makanan: baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan @susu dan telur @
daging dan susu @ antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Risau jugak tu..sebabnya aku selalu jugak buat puding buah , puding telur yg dimana didalam itu adanya telur dan susu..So bila dah tau ni..boleh la kita berjaga - jaga untuk kesihatan bersama.
Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
Dari segi Penyediaan makanan : Rasulullah s.a.w tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasingkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
Dari segi Jenis makanan : Rasulullah s.a.w gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Cara ni alhamdulillah aku ada amalkan..cuma di Malaysia ni, agak sukar juga untuk aku dapatkan madu yang betul2 asli. kerana madu yang terdapat di pasaran sekarang , semuanya ad tarikh luput!! pelik nya! sedangkan madu adalah satu satunya makanan yang tidak akan basi ..!
Dari segi adab ketika makan : Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.
Cara minum Cara Rasullah s.a.w : “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”
Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:
“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”
Apa yang aku faham kenapa kita dilarang bernafas ketika minum, ialah kerana bila kita bernafas, kita akan menyingkirkan gas karbon diosida, dan ini memberi kan ruang yang tidak sihat di dalam gelas ketika itu. Kagum kan..apa yang Rasulullah ajar bukan ilmu kosong, tapi semuanya ada fakta. Subhanallah!
Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.
Setakat ini ilmu yang dapat aku kongsikan serba sedikit..ada masa kita kongsi lagi..kerana Ilmu dari Rasullah ini bukan sedikit, tapi meluas untuk kesemua aspek dalam kehidupan.
"semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau
berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan
pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! "