Tuesday 30 July 2013

Kuih Raya Pelik

Assalamualaikum

Sempena musim perayaan ni. Ramai yang duk pulun tempah kuih dan buat kuih. Haaaaaaiiiii dah lama saya tidak buat kuih raya. 

Tiba tiba terkenang saat zaman kecil, bersama kakak dan adik pakat tolong mak saya buat kuih. Mula mula semua semangat tapi lama lama sorang sorang hilangkan diri sebab lama sangat nak tunggu kuih siap bakar. Hahhaha..

Ok kali ni saja je nak kongsi dengan anda kuih kuih yang agak pelik didunia ini. Jom kita terjah!

1) Agak agak, sampai hati tak nak makan kuih ni.Macam sayang je nak makan kan!

2) Yang ini macam comel je zirafah tu


3) Kuih ni kena makan waktu siang je. Takot nak makan malam2..weeeeeee

4) kuih ni mesti ramai yang suka! 

5) Siapalah pencipta kuih ni kan..

Itulah sebahagian daripada jenis kuih yang agak pelik saya jumpa. Tapi sebenarnya saya ni bukan penggemar kuih raya. Kalau pergi beraya umah orang, saya tak pandang pun kuih raya sangat-sangat, saya lebih suka makan sate, lemang, nasi, ketupat,..

Tapi kuih semperit mak saya memang paling best! Rindu nak makan banyak banyak kuih cm ni!

('',)

Dan kuih terkini yang menjadi pujaan hatiku ialah ..kuih tak tahu nama! 



Tuesday 16 July 2013

Hukum Mengganggu Orang Solat

Assalamualaikum..

Salam 7  Ramadhan.
Pejam celik pejam celik..sekejap je.dah satu minggu kita berpuasa.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang masalah yang boleh dikatakan selalu kita semua alami .

Mungkin tanpa kita sedar, kita adalah penyumbang kepada pengganggu orang yang sedang solat.
Ada yang membaca al-Quran,berzikir  dengan kuat tika berada di masjid, surau. Tanpa menghiraukan ada jemaah yang sedang solat pada tempat yang sama. Perkara ini kita tidak boleh memandang acuh tak acuh atau tidak ambil serius.

Dalilnya adalah Dari Abu Sa’id ia berkata:
Rasulullah s.a.w pernah i’tikaf dimasjid, lalu beliau mendengar (sebagian sahabat) mengeraskan bacaan (mereka), maka beliau membuka tabir (kemahnya) dan beliau bersabda: ‘Ketahuilah! Sesungguhnya tiap-tiap kamu itu bermunajat (berbisik) kepada Tuhannya, oleh karena itu janganlah sebagian kamu mengganggu kepada sebagian yang lain dan janganlah sebagian kamu mengeraskan bacaannya kepada sebagian yang lain” (Hadits Shahih riwayat Abu Dawud no hadits: 1332)
Allah S.W.T Telah berfirman
Berdoalah Tuhan kamu dengan rasa tunduk merendahkan diri dan tersembunyi, karena sesungguhnya Ia tidak mencintai orang-orang yang melampaui batas” (Al-’Araaf:55)
Dan sebutlah Tuhanmu di dalam dirimu dengan merendahkan diri dan dengan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai“. (Al-A’raaf:205)
Dari 2 ayat diatas dapat kita fahami bahwa Allah S.W.T memerintahkan kita berdoa dan berdzikir dengan:
  1. Merendahkan diri 
  2. Dengan tersembunyi (berbisik) dengan tidak bersuara keras.
Selain itu 2 ayat diatas menjelaskan bahwa:
  1. Allah S.W.T  tidak mencintai orang-orang yang melampaui batas di dalam berdo’a dan berdzikir dengan suara keras.
  2. Kita diperintahkan demikian, supaya kita jangan menjadi orang-orang yang lalai dalam mengingat Allah Subhanahu wa’ta’ala.

Oleh itu, bila kita berada di dalam masjid, surau ataupun di sekeliling kita ada yang sedang solat,pastikan kita "off" ataupun "silent" handphone anda semua ok!

sama samalah kita bersepakat ke arah kebaikan. Anda buat anda dapat.



Monday 15 July 2013

Serunding

Assalamualaikum!


Serunding. Serunding.

Waktu berbuka  di waktu senja
Berbuka bersama saudara mara,
Enak di makan begitu saja,
Itulah serunding pembuka selera

Siapa yang tidak gemarkan serunding?
Cer nyakap.. Cer nyakap..

Saya memang hantu serunding.
Lebih lebih lagi serunding daging.
Biasa serunding akan banyak di pasaran bila tiba bulan Ramadhan. 

Serunding daging ni saya suka jadikan lauk. Makan bersama nasi panas. Teringat lauk masa zaman bujang dulu. Serunding, nasi putih, telur dadar. Woooow sedap. Jauh lagi sedap dari lambchop! 


 Serunding daging

Kalau di Kedah, mak mertua saya akan buat serunding ikan bila tiba hari raya.
Dulu saya memang tidak suka serunding ikan. Tapi bila cuba rasa yang mak mertua masak, rasa sedap pulak. Hehe terus suka. Kalau di Kedah , serunding di makan bersama ketupat palas. Semuanya buat sendiri. Tiada beli2. Kagum! 

 Serunding ikan


Ketupat palas oh ketupat
Haaa selama saya hidup, kali pertama cuba bungkus ketupat adalah bila beraya di Kedah. Hancur! Memang tangan saya ni tidak berseni.. Huhu.. Ketupat disini rebus, kalau diterengganu dia goreng. Sedap gok weh boh!

Proses isi ketupat

Tadaaaa...

Pulut oh pulut

Bila hari raya, tidak dapat merasa pulut tidah sah.
Bagi aku seruding lagi best di makan bersama pulut kuning! Serius .. Saya memang hantu pulut kuning. Pernah kawan kawan tegur saya sebab makan pulut kuning macam makan nasi.. Berpinggan- pinggan. 

Untuk lagi sedap makan pulut kuning, makan bersama serunding, timun dan telur rebus.

Ok lah! Lagi banyak menaip di sini lagi banyak telan air liur ni!

 Sedap brader..

Ok... Selamat berpuasa!



Sunday 14 July 2013

Udang Masak Kari

Assalamualaikum semua.

Salam 5 Ramadhan.

Kali ni saya ingin berkongsi resipi berkonsepkan kari pulak. Boleh ka? Ayoyo aci.. Boleh la..

Tapi kali ni saya tidak guna ayam, daging atau ikan. Tapi pakai udang pulak. So hari ni udang sebagai HERO kata chef Jo dalam masterchef. Hehe

Ok! Jom kita kongsi kongsi resipi dia jom!

Bahan bahan:

1) Udang dalam 15 ekor. (Untuk 2 orang makan)
2) Kacang panjang yang telah dipotong pendek pendek.
3) 3 ulas bawah merah dihiris ( untuk tumis)
4) 2 biji bawang putih dihiris ( tumis)
5) Rempah kari ikan Allagapas 
6) daun kari
7) 5 biji bawang besar ditumbuk
8) santan
9) sedikit jintan manis , jintan putih 


Cara caranya :

1) Tumiskan daun kari,bawang merah dan bawang putih bersama jintan
2) Bila dah naik bau, masukkan rempah kari yang telah digaul bersama bawang yang telah dimesin bersama sedikit air.
Pastikan api sederhana sahaja.
3) Bila rempah dah pecah minyak, tambahkan air 
4) kemudian masukkan santan. Kacau sentiasa. Sambil tu bolehlah bersalawat.
5) Bila santan dan kuah dah sebati, boleh masukkan udang dan kacang.
6) masukkan garam sebagai perasa
7) Bila semua dah masak.. Boleh ler tutup dapur gas tu.. Atau bahasa kg nya.. Tutup api .. Hehe

Haaaa ini lah rupanya 

Makan bersama nasi, sayur kailan memang best. Tapi encik suami ada lauk tambahan iaitu hasil masakkan dia sendiri tadi.. Ikan jaket belah belakang masak berlada! ( betul kot nama menu ni )
 Memang kesukaan dia ni. Tapi saya memang tidak berapa blh "kawan " dengan ikan ni kerana rasanya mmg tidak pernh memikat hatiku ni dari zmn kecil lagi.huhuhu...

So memcuba masak dia pun tidak pernah. nanti lah belajar dengan encik suami ye.

Ok.sekian dulu setakat ini. Kena tido awal sebab pagi tadi nyaris nyaris terlajak sahur. 

Ok selamat mencuba

Sos Ikan Bakar Bonda

Assalamualaikum! 

Sudah masuk dapur ke puan puan semua..menu hari ni mesti special sebab hari minggu so sempat la masak special kan. 

Untuk hari ni saya sediakan bahan untuk esok. Haaa kenapa awl bebenor yong? Sebab esok dah kerja, takut tidak sempat pulak. 

Tadi saya buat sos ikan bakar. Sebab memang dah plan esok insya Allah nak buat pari bakar.

Resipi kali ni memang di import dari Terengganu. Chefnya ialah mak saya sendiri. Teringat masa dulu bila di kampung menu ikan bakar wajib ada dalam setiap minggu berpuasa. Mak saya sebagai tukang buat sos ikan bakar, abah saya tukang bakar ikan dan saya tukang makan ikan! Ajaib kan! Wow! 
Hihihi..

Okay jom la kita tengok bahan bahan yang digunakan dan cara nak buat.

Bahan bahan:
1) * 6 biji bawang besar
2) * 3 biji bawang merah
3) Daun kesum
4) 5 sudu cili kisar / cili boh ( kalau tak nak pedas kurangkan sikit ye)
5) garam  suka suka hati
6) 3 sudu besar gula
7) 2 gelas air

Bahan yang bertanda * adalah kisar

             ~ Hero resipi kali ini ~

Cara cara :
1) Panaskan minyak 
2) Masukkan bawang yang telah dikisar
3) Masukkan cili kisar/ cili boh
4) Masukkan daun kesum
5) Masukkan air
6) Masukkan gula dan garam
7) Masak dalam keadaan api sederhana, selama 1jam lebih. Lagi lama lagi tahan lama.
** jangan telalu cair dan jangan terlau pekat. 

Ok.. Selamat mencuba! 

Disimpan untuk digunakan esok hari!!



Saturday 13 July 2013

Mai sini sat.. Belajaq bahasa kedah naaa


 Assalamualaikum!

Malam ni pelik sikit entri nya.. Cek nk share sikit bahasa kedah. Cek x gheti sebenarnya cakap kedah. Cek gheti hok ayat ayat biasa ja.

Meh la kita tengok gambaq yang cek ada ambik kat internet untuk kita kongsi sama sama naa..




Walaupun sebenarnya suami saya orang kedah tapi saya belum fasih berbahasa negeri jelapang padi ni. 

Kedah ni best, orangnya pun baguih2, negeri cantik, dan salah satu bangunan di alor staq yang saya suka ialah Masjid Zahir. Mula mula tengok masjid ni saya dah jatuh cinta dengan senibina nya . Memang cantik. Apa lagi terus ambik gambaq buat painting ler.

Bukan senang nak belajar bahasa negeri orang. Bahasa negeri sendiri pun belum khatam sepenuhnya! Apa apa pun semua ini perlukan masa dan practice sokmo! 

Ok.. Tata noooo.

Kuih layang layang

Assalamualaikum semua..

Semoga sihat2 aje.. Cm mana puasa? Okay? Semoga baik2 aja.😃

Okay tadi sahur makan apa? Ke ada yang tidak bangun sahur? Seeloknya, bangunlah sahur ye kerana pada sahur itu ada keberkatan dan dengan sahurlah membezakan puasa kita orang Islam dengan puasa org bukan Islam.

Ok.. Lepas sahaja sahur tadi, aku tidak tahu kenapa aku jd rajin seperti masao dalam cerita shin chan tu..Biasanya lepas subuh mata ngantok je.. Nak2 hari bekerja.. Tapi hari minggu ni semangat plak aku basuh baju, dan paling tidak boleh terima aku lipat baju satu bakul! Padahal aku ni ada penyakit alergic sikit dgn aktiviti lipat baju ni.. Tidak tahu kenapa.. Memang tidak pernah jatuh hati dengan lipat baju ni.. Kalau lah ada mesin lipat baju.. Memang aku la akan beli! 

Ok.. Sesudah itu.. Aku rajinkan diri plak untuk siapkan kuih layang layang plak.Sebenarnya aku baru tahu nama kuih ni cam ni. Selama ni panggil kerepek layang layang je. Tapi aku masih musykil kenapa ia dipanggil kuih layang layang.hmmmnm..

Aku dapat inspirasi untuk mencuba buat kuih ni bila tengok kakak ipar aku yang buat. Dalam 1/2 tahun jugak kot nak datangnya seru untuk aku buat ni!

Ok.. Mari kita sama- sama kongsi resipi dan cara buat..

Bahan - Bahannya:

1) Kulit  popia ( saya beli je kat kedai )
2) Lidi sate 
3) Gula kastor 
4) Sedikit air ( sebagai gam kulit popia)
5) Minyak untuk menggoreng




Cara caranya :

1) Letakkan satu kulit popia di atas pinggan @ papan pemotong 
2) lidi digunakan untuk memudahkan proses menggulung.
3) gulung sehingga habis dan letakkan sedikit air bagi melekatkan kulit popia.
 ( tapi jangan gulung bagi ketat sangat takut susah pulak nak tanggalkan lidi tu)
4) keluarkan lidi



5) Potong kulit popia mengikut bentuk yang anda suka :)



6) Gorengkan kulit popia dalam api yang sederhana sehingga warna kulit popia menjadi kekuningan. Okay angkat ler..
7) Biarkan ia lebih kurang 10 minit supaya sejuk sedikit



8) Gaulkan kulit popia yang telah digoreng itu bersama gula kastor..



9) Haaaa siap la.. Senang je kan? Bahan pun tidak banyak yang perlu guna, sambil tengok cerita korea pun boleh layan ni.. Hehe tapi nak berkat sambil gulung gulung tu kita Salawat ke atas nabi.. 
Insya Allah sedap dan berkat!
Masak dari hati masak with iman kata Chef Ammar..


Tapi aku rasa tak nak bagi nama kuih layang layang la. Boleh tak? Nak panggil kuih kasih bersatu. Haaaaa ibarat kulit popia dan gula yang akhirnya bersatu dan duduk bersama sama di dalam bekas! 

** kalau anda tidak suka manis, anda semua boleh letakkan serbuk nestum dan milo ataupun bagi yang suka kan pedas, salutkan dengan sambal pekat ala2 sambal popia tu.. Okay? suka suka hati la.. Kata Chef Ammar lg!

Ok kawan2 tersayang, boleh la mencuba.. Boleh buat kudap kudapan masa tengok tv ke, jalan jalan ke, jamuan raya ke. Ok. Assalamualaikum.





Friday 12 July 2013

Rezeki Hari Jumaat

Assalamualaikum kawan kawan!

Haaa cm mana dengan puasa? Semoga semuanya berjalan dengan lancar.. 
Hari ini hari ketiga berpuasa dan hari ini hari Jumaat yang pertama dalam bulan Ramadhan 1434 Hijriah. 

Betul la kata org, kadang kala kita tidak tahu apa yang tertulis utk kita. Semua itu telah dirancang olehNya. 

Hari Jumaat kali ini, pejabat ku ada buat aktiviti facial muka wajah mu untuk kelihatan berseri. Hehe aku ni salah seorang AJK persatuan yang menganjurkan program ni. Walaupun aku hanyalah AJK sukan, tapi aktiviti dibawah AJk sosial dan AJK biro ekonomi ni aku kena la juga ambik tahu.. Haaa banyak kan jenis AJK nya.. Ni baru 3, ada lagi mcm2.. AJK Rumah Tangga je xda!

Aktiviti kali ni, kami menjemput wakil khidmat kecantikan dari syarikat 
Iris De Beaute. Kebetulan  salah seorang pekerja syarikat tu kawan masa belajar dengar kawan sepejabat aku sekarang. Bagi aku bagus sgt khidmat yg mereka berikan. Untuk kali ni kami hanya adakan program untuk rawatan muka. Tapi mereka sebenarnya sediakan macam2 lagi seperti urut, sauna,mandi lulur,pakaian pengantin, mandian kecantikan, gunting rambut , pakej langsing dan yg lain berkaitan hantaran dan katering. Kedai mereka ni terletak di Tmn Pinggiran Putra. Alahai.. Kebetulan, tidak jauh dari rumah aku! 

Salah seorang pekerja mereka iaitu merangkap wedding planner @nama yang kami panggil ialah kak Intan merupakan pengedar tupperware. Jadi sementara dia "merawat" muka kawan2 yg lain, dia bercerita mengenai kelebihan tupperware ni. Yang plg best nya.. Kalau dia bagi soalan berkaitan tupperware, siapa yg blh jawab, akan dpt tupperware free satu! Wow! Wow! Berbaloi weh..tapi aku xda rezeki utk itu.. Huhu seronok tgk kwn2 yang gembira je bila dpt jawab dan dpt hadiah. 

Tapi itulah,Allah dah tetapkan yang aku pun ada rezeki utk dpt tupperware! Tp dgn cara lain. Rupanya2 kak intan tu siap buat cabutan bertuah..bila je tahu, terus aku masukkan nama aku dlm kotak . Kali ni mereka buat 3 cabutan . Yang pertama gagal.. Yang kedua gagal.. Yang ketiga?? Alhamdulillah.. Nama aku naik.. Yehaaa!! Syukur2..lagi best siap blh pilih so aku pilih r tupperware yg aku belum ada. Hehehe ini lah dikatakan rezeki!

Yang kelakarnya, sebelum tu aku pergi membeli sedikit barang "market" di bawah pejabat ni,tgh duk nak bayar tu, tiba- tiba ada seorang amoi datang.."ambik2..percuma je..percuma" masa tu muka aku cm blur maybe sebab terkejut.. Hehehe.. Dapat air kotak free..Tq ye .. Tq..
Ini pun rezeki namanya!

Alhamdulillah..sebenarnya masing2 mendapat rezeki setiap hari.. Cuma kadang tu kita sedar ataupun tidak.dan bentuk rezeki yg dihantar oleh Allah S.W.T itu berbeza.

Ok! Setakat ini dulu.. Selamat berbuka puasa diucapkan...amin.



Thursday 20 June 2013

Makan Cara Sihat Cara Rasulullah s.a.w

 " Perut adalah tempat bermula segala penyakit "

Ya...Perut adalah satu organ yang paling besar peranannya kerana disitu lah segala makan minum yang kita ambil di proses. Bukan aku yang kata..tapi Rasulullah s.a.w pernah mengatakan itu. 

Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan. Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata:

“Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”


Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di Malaysia ni, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut . SubhanaAllah! 


Antara lain contoh makan sihat cara pengambilan  Rasullah s.a.w ialah 


Dari segi komposisi makanan: baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan @susu dan telur @
 daging dan susu @ antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin    serentak. Risau jugak tu..sebabnya aku selalu jugak buat puding buah , puding telur yg dimana didalam itu adanya telur dan susu..So bila dah tau ni..boleh la kita berjaga - jaga untuk kesihatan bersama.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Dari segi Penyediaan makanan : Rasulullah s.a.w  tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasingkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Dari segi Jenis makanan : Rasulullah s.a.w gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Cara ni alhamdulillah aku ada amalkan..cuma di Malaysia ni, agak sukar juga untuk aku dapatkan madu yang betul2 asli. kerana madu yang terdapat di pasaran sekarang , semuanya ad tarikh luput!! pelik nya! sedangkan madu adalah satu satunya makanan yang tidak akan basi ..!

Dari segi adab ketika makan : Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Cara minum Cara Rasullah s.a.w : “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.” 


Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Apa yang aku faham kenapa kita dilarang bernafas ketika minum, ialah kerana bila kita bernafas, kita akan menyingkirkan gas karbon diosida, dan ini memberi kan ruang yang tidak sihat di dalam gelas ketika itu. Kagum kan..apa yang Rasulullah ajar bukan ilmu kosong, tapi semuanya ada fakta. Subhanallah! 

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca  Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Setakat ini ilmu yang dapat aku kongsikan serba sedikit..ada masa kita kongsi lagi..kerana Ilmu dari Rasullah ini bukan sedikit, tapi meluas untuk kesemua aspek dalam kehidupan.
"semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau 

berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan 

pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang! "







Monday 23 April 2012

:: Loghat yg pelik ::

Hye!  kali ni terasa nk kongsi sikit apa yg aku tau ttg loghat terengganu..walaupun aku asal dr negeri penyu ni..tp x semua bahasa dia aku tau guna...selalu kena ngata dek kwn2..huhuhu...mayb ramai yg pergi ke ganu n tau sikit2 cakap tganu..alaaa loghat yg selalu kita dengar.."makang ikang"...itu je r...tapi ramai kot yg xtau ttg org tganu ni suka ckp bahasa kata ganda dua...kadang 2 aku pun pelik..dr mn r org2 dulu dapat idea ni..n sebutan dia pun pelik..maksud dia pun bwt org konfius!  jom kwn2..kita try...

Loghat  terengganu yg telah di tambah perisa(kata ganda) untuk sesedap kata...acu cuba try test boh!

Gelap guguk/ gelap gelemak = gelap gelita
Panas dering = sangat panas
Sejuk siak = Sangat sejuk
Udoh sepah ko'ong = sangat hudoh
Manih leting = sangat manis
Masang rebang = sangat masam
Masin rhebing / masin pekak = sangat masin
Pahit lepang = sangat pahit
Tawar hebey = sangat tawar
Putih leppuk = sangat putih
Kuning sior = kaler kuning yg cerah
Berat nanang = berat gler!
Reyyok Teppang = senget
Busuk bango = bau yg sgt busuk
Ringan leppong = sgt ringan
Meroh nyala = warna merah yg sgt terang
Putih lepput = putih sgt2