Saturday, 24 August 2013

Sardin Roll

Assalamualaikum! 

Apa khabar anda semua dihari ini. 

Hari ini saya ingin berkongsi resipi mudah sahaja dengan anda semua. Sardin Roll. Pernah dengar? Pernah makan? Pernah buat? Haaa.. Mari kita tengok cara cra nak buat sardin roll ni.

Bahan bahan: 
1) Roti 
2) 4 Ekor sardin tin
3) Bawang besar di hiris halus
4) Cili besar /merah di hiris
5) Daun sup dicincang 
6) Bread Crumbs (Serbuk Roti)
7) 1 biji telur
8) 2 biji limau kasturi

Cara cara:
1) Isi ikan sardin di hancurkan. ( pakai garfu je )
2) Masukkan isi ikan sardin ke dalam kuali, masak bersama bawang, cili merah dan daun sup.
3) Perahkan air limau kasturi.
4) Masak sehingga sardin kelihatan masak. ( jangan terlalu kering sangat ye)
 
~ inilah rupa inti yang telah dimasak ~

5) Ambik sekeping roti, ratakan permukaan roti. Saya pakai gelas je. Hehe jangan lupa alas atas permukaan roti tu dengan plastik yang bersih..

6) letakkan inti , kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak banyak. Hehe 


7) ok, boleh mulakan proses menggulung! Untuk bahagian hujung tu, boleh gunakan telur @ air sebagai "gam". 

8) Bila roti dah berjaya digulungkan dengan kemas, kita gulinkan pula ia atas telur yang telah kita pukul. Haha cam pelik je dengar.

 
9) Bila semua permukaan roti dah disalut dengan telur, kita gulingkan atas permukaan serbuk roti pulak! Wow.. Banyaknya prosea gulung dan guling. 

 
10) Bila semua dah on, anda boleh mulakan proses menggoreng. Minyak jangan termpau banyak ye nanti berminyak pulak.

~ tadaaaa!! Inilah hasilnya... 

Kalau bosan asyik gulung guling je sampai pening, anda boleh buat bentuk cam ni. Lagi senang! 
         Heheheh ... Hehehheheh..

Ok! Selamat mencuba ye!

No comments:

Post a Comment