Saturday, 17 August 2013

Balik Kampung Episod 1

Assalamualaikum! 

Hello.. Lama betul tak update entri ni. Sibuk beraya la katakan!
Sebelum terlupa, nak ucapkan selamat hari raya pada anda semua! 
Mesti seronok kan bercuti dan berhari raya.

Disini saya nak berkongsi la pengalaman saya dan suami pulang ke kampung berhari raya. Tahun ni turn berhari raya di kampung encik suami saya, Kedah. 
Jadi seperti biasa adat kami, sebelum balik ke Kedah, perlu balik ke kg saya dulu kuala Terengganu untuk berpuasa dan bersahur di sana. Begitulah jua kalau turn balik raya ke terengganu.kena balik Kedah dulu. 

Kami buat cm ni supaya kami dapat berjumpa semua ahli keluarga sebelum raya dan selepas raya. Baru adil kan? Hehe.. Dan syukur la setakat ni belum ada berperang pasal nak balik kg beraya. Pelik jugak bila dengar ada yang duk bermasam muka, bergaduh semata mata berebut nak balik raya! Alahai..

Okay, berbalik pada motif utama.. Hehe saya dan suami bertolak pulang ke Kuala Terengganu pada 3 Ogos 2013 jam 
4 Pagi. Saya sediaka. Bekal nasi butter,Ayam goreng rempah dan tomato sebagai ulam.Alhamdulillah perjalanan kami lancar. Kami singgah bersahur di Petronas Karak. Ramai juga yang singgah bersahur bersama keluarga. Seronok melihat! Selesai sahaja solat subuh, kami sambung perjalanan kami.

Syukur kerana segala perjalanan kami dipermudahkanNya. Boleh dikatakan awal juga kami dah masuk area Kuala Terengganu. So, kami ambik kesempatan untuk singgah berdating di Pantai Penarik, Dungun. Memang teruja. Saya sebagai rakyat jati Terengganu ni pun teruja apatah lagi org Kedah! Haha.. Seronok apabila dapat mendengar ombak bertemu pasir pantai. Kami siap main kutip kutip siput lagi. 



Inilah beberapa gambar kenangan kami di pantai! Selebihnya di instagram ler.. Hehe..

Bila dah bosan, penat, kami pun sambung semula perjalanan kami. 

Ayuh jom! Sambung tdo ler.. Driver je tak boleh tido.. Hehe

No comments:

Post a Comment