Wednesday, 17 July 2013

Ikan bakar

Assalamualaikum!

Sihatkah? Puasakah?
Apa menu untuk berbuka puasa hari ini? Kalau masih tidak tahu nak masak apa, mari kongsi kongsi resipi ikan bakar saya ni.. Hehehe

Tapi sebelum buat ikan bakar tu pastikan dah ada sos untuk bakar tu.Untuk dapatkan resipi tu, boleh la tengok berkaitan sos ikan bakar bonda yang saya post.

Ok bahan bahan untuk buat ikan bakar ialah: 
1) 2 ekor ikan pari.
2) Daun pisang.
3) Sos ikan bakar.
4) Alat pemanggang. ( saya pakai pemanggang ajaib)



Cara - cara : 
1) Panaskan pemanggang bersama sedikit minyak.
2) Letakkan daun pisang untuk lapisan bawah.
3) Letakkan sos ikan bakar di atas daun pisang.
4) letakkan ikan pari ( ikan telah disapu sos ikan bakar)
5) Tutupkan ikan dengan daun pisang.
6) Tutupkan penutup pemanggang.

* masak lebih kurang 1/2 jam untuk setiap  bahagian sebelum diterbalikkan.
* ikan bakar dan sos pencicah ibarat irama dan lagu. So saya telah buat 2 jenis sos pencicah 

Pencicah sos kicap :

1) Kicap cair
2) 1 sudu teh gula
3) 1 sudu sos tomato
5) 3 biji cili api yang dihiris
6) 1 ulas bawang merah diulas / kecil

Cara caranya:
1) campurkan kesemua bahan. Rasa ikot suka suka hati! 

Pencicah air asam:
1) Air asam jawa
2) 1 sudu teh gula
3) Sedikit bawang yang dihiris
4) 3 biji cili api.

Campurkan kesemuanya! Siap!

Makan bersama ikan yang telah dibakar! InsyaAllah sedap.. Nak sedap lagi perahkan asam limau kasturi di atas ikan sebelum makan. 


Ok selamat mencuba! 




No comments:

Post a Comment