Friday, 12 July 2013

Berbuka Bersama Daging goreng Kunyit

Assalamualaikum! 

Hello.. Tengah buat apa tu..? Takkan makan lagi.. Hehe tadi anda semua berbuka puasa dengan apa? Masak atau beli di bazar Ramadhan? 

Hari ni saya dan suami plan nak masak daging goreng kunyit. Sebab asyik berbuka dengan ayam,ikan,ayam,ikan je.. Cemuih la! (Cemuih tu maksudnya bosan..loghat kedah) 

Ok..di sini nak kongsi serba sedikit tentang resipi daging goreng kunyit merpati dua sejoli ni ! Hayyyya!! Panjang nya nama menu kali ni! Ok.. Moh ler kita pakat tgk bahan2nya dan cara nak masak dia ok.. 

Bahan-bahannya:
1:: Daging batang pinang( kalau selain daripada tu, lebih baik rebus dulu supaya lembut dan cepat masak
2:: kacang panjang dikerat pendek
3:: Carrot dipotong pendek
4:: bawang besar dihiris
5:: bawang putih dihiris
 


Cara - cara masak:
1) daging yg telah dipotong digaul bersama garam dan kunyit. Perapkan selama 30minit 

2) gorengkan daging sehingga kelihatan masak, masukkan sedikt air
3) masukkn bawang, cili, bersama carrot dan kacang panjang
4) tambahkan garam 

Yeee selesai sudah! Simple je kan! 

Alhamdulillah semuanya selesai..


Boleh lah makan bersama nasi, sayur. Ok.. Selamat mencuba! Hehe


1 comment: