Sunday, 21 July 2013

Bazar Ramadhan

Assalamualaikum.

Salam 12 Ramadhan.
Apa menu untuk berbuka puasa hari ini? 
Hari ni hari Ahad, mesti menu gempak kan. Hehe

Setelah 11 hari kami berpuasa, kami bejaya tidak jejakkan kaki ke bazar. Kiranya berjaya juga lah kami kn? Hehe 

Bukan apa, sebelum Ramadhan lagi, kami telah tetapkan undang undang tentang "larangan" pergi ke bazar pada hari bekerja. Hanya hari minggu je boleh pergi. Salah satu sebabnya adalah untuk menjimatkan kos.

Tapi pada hari ini, akhirnya kaki kami jejak jua di bazar Ramadhan. Kami pergi bazar putrajaya je. Sebab kat sana lah agak meriah sikit.

Kami solat Asar di Masjid Besi dulu, lepas je solat, terus serang bazar. Wooooi meriah nya.

Dari rumah plan seorang hanya patut berbelanja RM5 sahaja. Tapi, benarlah kata orang, nafsu makan terus berubah bila dah pergi bazar!

Encik suami saya dah beli nasi beriani dan gulai kawah . Saya pulak tepung pelita dan nasi kerabu ayam bakar. Kami gagal dgn plan bajet RM5  sahaja..hehhee

No comments:

Post a Comment