Saturday, 13 July 2013

Ayam Goreng Pandan

Assalamualaikum! 

Sihatkah? Okaykah? Tidurkah? Haaa dah pikir ke apa menu untuk berbuka puasa petang ni? 

Kalau belum, masih sempat untuk tengok buku resipi tu.. Hehe

Petang ini insyaAllah saya  nak buat ayam goreng pandan. 
Idea nak buat menu ni tercetus selepas ada seorang staf dekat pejabat saya bagi daun pandan. Banyak dia bawak hari tu, so semua pulun ambik. Majoriti kata nak buat kuih tapi saya rasa nak buat versi lain. Hehe jom kita kongsi kongsi bahan dan cara masak! 

Bahan bahan: 
1) Ayam bahagian dada di potong.
2) 2 batang serai
3) 1sudu teh ketumbar ( kalau ada serbuk ketumbar lagi senang)
4) 3 ulas bawang putih
5) 1 1/2 sudu teh lada sulah
6) 1 sudu teh gula
7) 1 sudu besar kicap cair
8) Garam 
9) Daun pandan
10) lidi sate yg dipotong @ lidi pencungkil gigi


Cara caranya :
Mula mula sekali Saya sediakan bahan perapan ok..
* kisarkan serai, ketumbar dan bawang putih.
* gaulkan bersama gulu, garam, lada sulah, kicap bersama ayam yang telah dibersihkan. Seperti gambar di bawah.

Saya perapkan lebih kurang 3jam.. So sementara tunggu perap lama tu, boleh la main candycrush dulu ke.. Main sodoku ke.. Hehehe

Ok! Bila dah cukup masa perapan tu, boleh la kita memulakan proses membungkus ayam di dalam daun pisang. Tapi.. Maaf sgt2 sebab gambar proses membungkus tu xda sebab tidak cukup tangan nak ambik gambar! Sorry ye.. Tapi kawan kawan semua boleh cuma tengok di google, disitu ada tunjuk cara membungkus .

Ni gambar setelah dibungkus dengan daun pandan dan lidi digunakan sebagai " kunci" daun pandan tu daripada terbuka. Emmm bau daun pandan memang wangi.

Ok, bila dah siap.. Boleh la kita menggorengnya dalam keadaan api sederhana. Lebih kurang 8-10minit. Masa menggoreng, bau pandan naik semerbak! Suka suka suka! 

Ok..inilah hasilnya syg ku semua..


Nak lebih sedapnya sebenarnya kena buat sos dia pulak. Tapi apakan daya, tidak sempat! So makan dengan cili sos botol pun boleh .. Yang penting, ayam bi wangi sangat.... Hehehe

Ok, selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment